.:: fOLLoWerS ::.

Jumaat, 18 Disember 2009

salam maal hijrah...




Alhamdulillah..hari ini umat islam telah melangkah ke tahun baru yakni mengikut kalendar islam 1 muharram 1431 h..seperti kebiasaanya bila saja melangkah ke tahun baru,semua umat islam tidak ketinggalan untuk membuat azam baru,masing-masing membuat penghijrahan.Tidak kiralah dari segi apa pun,yang penting menuju ke arah yang lebih baik..tapi harus d ingat yaa..list tahun lalu jg perlu d semak semula..check balik apa2 azam kita tahun lepas yang tidak dapat d laksanakn atau pun yang berjaya d laksanakn.tahniah bagi sesiapa yang berjaya melaksanakn azam mereka tahun lalu..dan takziah d ucapkan bagi sesiapa yang gagal melaksanakan azam yang lepas..usah bersedih bahkn harus bersyukur kerna masih dberikn masa oleh ALLAH untuk membtulkn apa yang buruk kepada baik dan yang kurang baik kepada yang lebih baik.

menyingkap kembali detik-detik penghijrahan nabi MUHAMMAD S.A.W bersama para pengikutnya dari kota mekkah ke kota madinah umtuk mencari perlindungan dari segala kekejaman yang d lakukan oleh pemimpin Mekkah pada masa itu..kita dapat simpulkan bahawa tarikh ini merupakan tarikh yang amat penting dalam kehidupan kita sebagai muslim sehingga tarikh ini d ambil sebagai permulaan kalendar islam oleh SAIDINA UMAR R.A.

namun juga harus d akui bahawa masih terdapat segelintir umat islam yang memandang enteng tarikh ini..bahkan ada yang tidak tahu akan tarikh ini...dengan itu saya menyeru sahabat2 sekalian untuk saling mengingati..bahkan mengambil pengajaran dari sirah nabi s.a.w...

p/s
-->renew azam!!!
-->hadiah buat diri...


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...