.:: fOLLoWerS ::.

Jumaat, 18 Disember 2009

berakhirnya sebuah penantian...



DUA puluh tahun menanti, ianya berakhir dengan nikmat yang sukar digambarkan.

Malaysia kini kembali bermegah selaku juara Sukan Sea apabila menangani dengan bijak segala percaturan dijelmakan Vietnam dalam laluan melakar kemenangan 1-0 pada final, semalam.

Kejayaan itu, hadir selaku pingat emas ke-40 kontinjen Malaysia, adalah kali pertama membawa pulang pengiktirafan daripada gelanggang asing selepas kali terakhir dilakukan generasi pemain dikepalai Mokhtar Dahari di Jakarta pada 1979.
Ia juga mengembalikan gembira bergelar juara yang kali terakhir dirasai di Stadium Merdeka, 20 tahun lalu.


RAJAGOBAL meraikan kejayaan skuadnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam 1-0, malam tadi.Kejayaan skuad bola sepak ini sekali gus berjaya menutup mulut pengkritik-pengkritik mereka.



GOL kemenangan Malaysia bermula detik ini apabila percubaan Norshahrul Idlan Talaha (kiri) terkena pertahanan lawan menyebabkan bola membias sekali gus menewaskan penjaga gol Vietnam, Tan Truong Bui, semalam.

-->mengimbas kembali detik-detik penantian itu,aku bersama sahabat2(jj n lela) serta beberapa muslimat yang lain begitu berkobar-kobar menanti bilakah saatnya bola skuad bola sepak negara akan berjaya meloloskn bola ke dalam tiang gol lawan.apabila wisel dtiup menandakan berakhirnya fasa 1 perlawanan..aku dan sahabat lain merasa hampa kerana belum ada lagi bola yang berjaya lolos...lalu kami mengambil keputusan untuk solat maghrib dahulu sebelum menonton perlawanan seterusnya.usai solat kami terus ke dewan makan dan perlawanan fasa 2 sedang berlangsung..dan setelah beberapa minit berlalu..akhirnya skuad Malaysia berjaya meloloskn bola...kami terus bersorak gembira..haha hepi sangatla,tak sia-sia tengok dari petang hehe=)

-->o0h ya..erm minggu lepas 11 dis..akademi pengajian islam uni malaya np telah mengadakan perlawanan futsal bertempat di real 7,pasir tumboh kelantan=)



*ne lah team futsal majmuah 1 sem 4...haha kami sempat bermain 4 games sahaja..sebelum kecundang ketika sesi separuh akhir huhu agak kecewa tapi mesti positif..jadikn ini sebagai pengajaran yang berguna kerana rata-rata pemain sememangnya tidak pernah bermain futsal sebelum ne.erm ne la antara gambar2 yang sempat di rakamkn untuk di abadikn sebagai kenangan jga sebagai penghubung ukhuwwah sesama student=)



---->one is the best,one is the leader!!!


-->aku n zila sempat pose lagi..walaupun team kami tak dapat jumpa d final hehe...



pose dekat DiGi CaMpUs promo lagi..best ble dapat sim pack digi percuma!<--





p/s
-->luv dis game!!!
-->zil..ada da=)

2 ulasan:

SEWA JUBAH berkata...

WOW..KAKA ku ni men bula sipak ka tu?hihii...

anaZb berkata...

napa xpercaya ka??
erm men futsal bh sayang=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...