.:: fOLLoWerS ::.

Selasa, 20 September 2011

mataku bukan matamu

Assalamualaikum,..


~ kita mempunyai kaca mata yang berbeza-beza warna - Allahyarham Zubir Ali ~



ada benarnya ungkapan ini,..dari apa yang aku faham ungkapan ini boleh diterjemahkan sebagai kita boleh mentafsir sesuatu perkara dengan 1001 tafsiran dan tafsiran itu mungkin sama atau mungkin juga berbeza dengan lain2 mata yang melihat,..



contohnya : apabila anda melihat seorang peminta sedekah meminta sedekah,..apa yang bermain di minda anda??




mungkin sesiapa yang memakai kaca mata hitam ketika itu melihat peminta sedekah itu sebenarnya penipu,berpura2 buta untuk meraih simpati,..mungkin saja dia tidak buta,..ya itu cuma kemungkinan



manakala bagi si pemakai kaca mata yang biasa,..jernih,..melihat peminta sedekah itu sebagai pengajaran untuk dirinya,..sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah,..syukur kerna punya mata syukur kerna tidak perlu meminta2,..



namun,..ini bukan soal kaca warna apa yang kita pakai ketika itu,..ini soal tentang hati,..apa saja yang terlintas di hati pasti diketahui Allah,..menjaga hati ini amat sukar tetapi tidak mustahil sahabat,..sentiasalah berbaik sangka hatta dengan musuh sekalipun...kerna mungkin kita tidak tahu dengan berbaik sangka itu kita mampu memperbaiki hubungan silaturrahim sesama insan =)

3 ulasan:

Mohd Sukri Bin Abdul Halim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mohd Sukri Bin Abdul Halim berkata...

mataku bukan matamu.
tetapi mataku dan matamu adalah hak Dia~

NURSHAILLAH RIZZANA BINTI AMARISNER berkata...

baeek tuan =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...