.:: fOLLoWerS ::.

Isnin, 9 Julai 2012

anda sabar anda osem,.!

syukur alhamdulillah,.
hari ini genap 2 minggu dan 1 hari aku berpraktikal di mahkamah rendah syariah Kudat
praktikal di mahkamah ni confirm2lah kita akan berjumpa dengan bermacam2 ragam manusia.. ada yang sibuk nak bercerai,..berebut harta dan nda kurang jugak yang mau tambah cawangan a.k.a berpoligami..

minggu pertama praktikal aku bertugas sebagai pembantu hakim,..setiap kali hakim membenarkan perceraian dan setiap kali aku mendengar lafaz talak dilafazkan aku jadi sebak,..sedih,..benar inilah perkara halal yang dibenci Allah..aku percaya setiap pasangan sudah melakukan pelbagai alternatif dalam usaha menyelamatkan rumahtangga mereka..tapi kalau dah takdir Allah mereka bercerai,..kun fayakun,..maka bercerailah jugak mereka,..

dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak dinafikan cabaran dan dugaan sentiasa akan datang,..apabila selesai masalah A masalah B pulak yang akn timbul,..oleh itu sikap saling mempercayai,memahami dan sedia untuk bertolak ansur perlu ditanam di dalam setiap jiwa pasangan..

perkara pertama yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan dalam menghadapi permasalahan ialah
1. bersabar
2. berbincang bersama pasangan
- ini penting kerana ketika ini pasangan perlu berterus terang dan seterusnya bersama2 mencari jalan penyelesaian.
3. bertolak ansur
- melalui persefahaman dan kepercayaan pada pasangan setiap masalah yang timbul tidak mustahil akan dapat diselesaikan. lelaki dan perempuan disatukan untuk saling melengkapi,..apa yang kurang pada suami,isteri akan tambah begitu juagak sebaliknya.

point utama yang ingin aku highlight kan di sini ialah mengenai SABAR.
memang benar, mata yang memandang tidak sama dengan bahu yang menanggungnya,..setiap mata yang memandang pasti hanya mampu memberikan kata2 peransang dan hanya mampu menasihati agar dapat bersabar dalam menghadapi ujian...namun sampai bila harus bersabar jika masalah tidak menemui jawapan dan sentiasa menemui kegagalan???
jawapannnya mudah sahaja : BERSABARLAH UNTUK TERUS BERSABAR

terdapat 3 perkara yang menjadi musuh kepada sabar
1. tergesa2
" Allah telah menjadikan (bertabiat) tergesa2,.an-biya' 21: 37"

2. putus asa
"dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. sesungguhnya tidak berputus asa itu rahmat melainkan golongan yang kafir,..yusuf 12: 87

3. marah
pesan Nabi Muhammad : la taghdob : jangan marah

ketiga2 perkara ini perlu ditangani agar sifat sabar dalam diri tidak hilang,..

sekian,.
anda sabar anda osem ^^


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...