.:: fOLLoWerS ::.

Rabu, 18 Julai 2012

Lalu Lintas Shell 2012


Assalamualaikum
pagi-pagi lagi tempat aku praktikal ni sudah dipenuhi dengan budak2 skolah termasuklah juga incik2 dan akak2 polis trafik. Hari ini ada pertandingan Lalu lintas Shell peringkat Kudat,..wahh lama tidak tengok ni,..sa eksaited hehe,. owh ya hari ni, sa akan guna kata ganti nama 'sa' yang bermaksud saya a.k.a aku =)

macam yang kamu2 sudah tahu, dalam pertandingan ini ada 3 kategori :

1. Pejalan kaki 
sumber : google


 2. Berkereta
sumber : google

3. Berbasikal 
sumber : google


masa ni lah budak2 akan berangan menjadi org dewasa lagi2 yang bahagian berkereta,. imagine naik kereta Sport hehe tapi xboleh sebab ada banyak incik2 n akak2 polisi jaga traffik,..so berangan amik driving license ja lah kan,..game ni bagus sebab boleh bagi pendedahan awal kepada pelajar tentang cara pemanduan/penunggangan/berjalan yang selamat di jalan raya.

sa sebenarnya pernah pegang tittle pejalan kaki terbaik tidak pernah pun ikut game ni hoho kesian,..nda layak bah,..asal ada pemilihan mesti gagal,..adoii sekian,.!


Isnin, 9 Julai 2012

anda sabar anda osem,.!

syukur alhamdulillah,.
hari ini genap 2 minggu dan 1 hari aku berpraktikal di mahkamah rendah syariah Kudat
praktikal di mahkamah ni confirm2lah kita akan berjumpa dengan bermacam2 ragam manusia.. ada yang sibuk nak bercerai,..berebut harta dan nda kurang jugak yang mau tambah cawangan a.k.a berpoligami..

minggu pertama praktikal aku bertugas sebagai pembantu hakim,..setiap kali hakim membenarkan perceraian dan setiap kali aku mendengar lafaz talak dilafazkan aku jadi sebak,..sedih,..benar inilah perkara halal yang dibenci Allah..aku percaya setiap pasangan sudah melakukan pelbagai alternatif dalam usaha menyelamatkan rumahtangga mereka..tapi kalau dah takdir Allah mereka bercerai,..kun fayakun,..maka bercerailah jugak mereka,..

dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak dinafikan cabaran dan dugaan sentiasa akan datang,..apabila selesai masalah A masalah B pulak yang akn timbul,..oleh itu sikap saling mempercayai,memahami dan sedia untuk bertolak ansur perlu ditanam di dalam setiap jiwa pasangan..

perkara pertama yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan dalam menghadapi permasalahan ialah
1. bersabar
2. berbincang bersama pasangan
- ini penting kerana ketika ini pasangan perlu berterus terang dan seterusnya bersama2 mencari jalan penyelesaian.
3. bertolak ansur
- melalui persefahaman dan kepercayaan pada pasangan setiap masalah yang timbul tidak mustahil akan dapat diselesaikan. lelaki dan perempuan disatukan untuk saling melengkapi,..apa yang kurang pada suami,isteri akan tambah begitu juagak sebaliknya.

point utama yang ingin aku highlight kan di sini ialah mengenai SABAR.
memang benar, mata yang memandang tidak sama dengan bahu yang menanggungnya,..setiap mata yang memandang pasti hanya mampu memberikan kata2 peransang dan hanya mampu menasihati agar dapat bersabar dalam menghadapi ujian...namun sampai bila harus bersabar jika masalah tidak menemui jawapan dan sentiasa menemui kegagalan???
jawapannnya mudah sahaja : BERSABARLAH UNTUK TERUS BERSABAR

terdapat 3 perkara yang menjadi musuh kepada sabar
1. tergesa2
" Allah telah menjadikan (bertabiat) tergesa2,.an-biya' 21: 37"

2. putus asa
"dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. sesungguhnya tidak berputus asa itu rahmat melainkan golongan yang kafir,..yusuf 12: 87

3. marah
pesan Nabi Muhammad : la taghdob : jangan marah

ketiga2 perkara ini perlu ditangani agar sifat sabar dalam diri tidak hilang,..

sekian,.
anda sabar anda osem ^^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...