.:: fOLLoWerS ::.

Khamis, 23 Jun 2011

ReSulT pUnya Dilema,..

Assalamualaikum
apa khabar suma??
ana alhamdulillah,..sihat sejahtera

malam ni mau crita pasal result,..wah ana percaya hampir suma U dah umumkan result student kan,..begitula jugak UM,slip result sudah pun selamat sampai ke rumah,..result ana ok2 je huhu tapi ana tetap bersyukur sebab walaupun result ana biasa2 ja tapi ada peningkatan dari result sebelum ni,..syukran ya Allah

bila da sibuk2 pasal result ni,so hp pun tentu2 bz jugak kan,..kawan tu tnya ni,..kawan ni tanya tu hihi,..tym ni lah juga kita baru bz tnya khabar kawan2 setelah senyap ja hampir sebulan lebih ni hikhik,..bukan tak ingat kawan tapi tu lah masing2 bz tanam anggur kat ladang,..takpalah hik hik,..sayang u ols suma mmmuah,.!!!

"walau jarang bertanya khabar namun dirimu selalu di hati"

erm kepada sahabat2 yang pointer turun ,..jangan sedih jangan putus asa pulak,..ada masa lagi nanti nak improve pointer k,..kadang2 walaupun kita dah berusaha kita tetap gagal,..jangan bersedih ya tu cuma dugaan dari Allah,..nak uji takat mana tahap redha kita pada ketentuanNYA mungkin juga belum tiba masanya untuk kita miliki kejayaan itu,..bersabarlah

juga kepada sahabat2 yang pointer ok dari sebelum ni,..jangan hepi sangat dan jangan sesekali timbul perasaan riak k,..!

apa2 pun tahniah & takziah ana ucapkan =)

CHAYOK2,.!!!



p/s : tgk bola mal vs lubnan ,.!






ana_mizuzaabar88

Selasa, 21 Jun 2011

unfaithful,..apa kejadanya,.!

*amaran:baca bagi habess okeyh =)
Assalamualaikum,..

ana mulakan entry ana malam ini dengan satu cerita,..
cerita benar,..bukan cerita hantu bukan pulak cerita baby dijumpai mati dalam tong sampah
TAPI
cerita sang istri yang curang

cerita bermula dengan sang istri yang sedang enak bercinta dengan lelaki lain,..ada saja masa yang kosong diorang pasti akan berjumpa atau dalam kata lain dating,..yah dating,..datang dating kat restrn mami ana atau mungkin kat tempat lain,..ana tak tahu tapi ana menyampah tiap kali diorang datang,..pernah juga diorang ni hampir2 terkantoi,..lawak ana tengok sang istri kelam kabut lari sebab masa diorang dating,adik ipar dia datang kat restn mami ana =p

mungkin korang akan cakap,..diorang tu bukan dating tapi meeting,..
hurm whatever ,pada pandangan ana diorang memang sedang bercinta,..bukan ana tak kenal dengan famili si sang istri,..ana memang
kenal sebab kadang2 sang istri akan datang kat restrn mami ana dengan famili dia,.kesian kat si suami,..tidak tahu sang istri sedang me'madu'kannya,..depan 'bf' dia bukan main lagi senyuman sampai kat telinga tapi kalau depan suami dia masam je ana tengok,..ikut hati ana,mahu saja ana bagitau kat si suami akan kecurangan sang istri,..tapi ana tak mampu,.dosa bersubahat free2 ana dapat huh,.!

.........................................

yang sebenarnya mereka2 yang ana mentioned kat atas tu non-muslim,..tapi tak kesahla diorang tu muslim ka non-muslim ka,..yang penting benda yang diorang sedang buat tu,..curang

ana percaya semua agama menegah si suami atau si istri curang,..dalam islam sendiri contohnya jika didapati si istri atau si suami curang hingga terlanjur mereka akan direjam,.
beruntunglah bagi yang bertaubat dan beramal soleh
dalam Islam juga si suami diberikan 4 kuota untuk berkahwin,..kalo benar ingin kahwin lagi,..adil & mampu dari segala segi,..silakan berkahwin,..tapi bukan dengan cara sibuk bercinta,bekepit ke hulur ke hilir ,..lagi teruk kalau da terlanjur,..nauzubillah

ana post entry ni bukan untuk memalukan siapa2,..tapi sekadar untuk mengingatkan kita sesama muslim khasnya dan masyarakat amnya

sekian




ana_mizuzaabar88

Isnin, 20 Jun 2011

spesel entry untuk mereka,..

Assalamualaikum,..
hoyey,..akhirnya semangat untuk berblog sudah terbit kui kui
bukan apa,..gua lama menyepi bukan sebab gua tak on9,..tiap2 malam gua on9,..tapi sekadar melawat blog gua ni,..huh malas nak update entry,..yaa idea ada + masa pun ada tapi semangat tuh yang hilang,..entah kenapa??mungkin sebab lappy gua suda hangkang huhu,..ni pun gua update dari desktop yang agak usang aha,..oklah dari tak dapat on9 langsung,..tQ ayah beli desktop ni,.!

ok,..gua update entry malam ni,..bukan sekadar untuk meluahkan perasaan gua semata,..tapi untuk mempromosikan dua blog,walaupn blog gua ni tidaklah sepemes abg ben tapi gua nak juga promo blog diorg ni,..erm blog siapa yang bertuah??kejap lagi korang taulah,..so kena baca entry entry ni smpi habiss okeyh??

ok,..blog pertama,..blog temen gua,..
ok,..nak tengok blog dia ??meh2 klik sini,..gua pena mention nama dia dalam entry2 gua yang lepas,nak baca klik sini..blog dia ni baru lagi so entry tak banyak sangat n dia kata buat masa ni tak dapat nak update blog sangat hihi

now,..the next blog is blog yang selalu visit blog gua,..gua da brapa minggu tak update blog,..dia tetap visit blog gua hihi,..really appreciate it,.!tak kisahlah tuh da memang rutin harian dia kah untuk blogwalking suma follower dia atau apa jak alasannya aku tetap hepi,..aku selalu tengok tab shoutbox,..ada jak nama dia,..thanx ya mr.Nazman,..

hah,..apa lagi tunggu2??

jom terjah blog mereka berdua ini,.!

Jumaat, 10 Jun 2011



saya join,..Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100(RM 1599) Dari MyKahwin


jom join ramai2,..klik sini

Assalamualaikum

nak citer sikit bole??hehe,..boleh ya
ok,..aku nak citer kat korang pasal Mykahwin.my
agak-agak korangla kan website tu citer pasal apa??tau tak?

ok,dari nama website pun kita dah boleh agak kan? K.A.H.W.IN
of kos la website
ni citer pasal kawen-kawen kan,..hehe

ok,Mykahwin.my diwujudkan adalah untuk memenuhi tuntutan pengguna,saya kira,iaitu untuk mengumpulkan semua perniagaan online yang berkaitan dengan perkahwinan,fotografi,mak andam,katering dll ke dalam satu domain secara percuma.Ini merupakan satu bonus kepada peniaga-peniaga kerana mereka dapat mengiklankan perniagaan mereka secara online tanpa perlu mengeluarkan duit.Dalam masa yang sama pengguna juga berkongsi manfaat iaitu dengan adanya website sebegini pencarian pengguna terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan menjadi semakin mudah.


Terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan,antaranya ialah butik pengantin,gubahan hantaran dan bunga,pusat kursus kahwin dll.Mykahwin.my bukan sahaja menyediakan perkhidmatan untuk perkahwinan tetapi juga untuk lain-lain perkhidmatan seperti spa,sauna dan kosmetik .

kepada peniaga-peniaga yang berkaitan,..tunggu apa lagi.Daftar sekarang klik sini

dan

kepada bakal-bakal mempelai yang tengah pening2 mencari perunding perkahwinan,..klik sini saja,..mereka bisa membantu kamu

nak tahu lebih lanjut--->lawat Mykahwin.my ,jangan lupa ya =)

Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 ini telah ditaja oleh MyKahwin.my dengan kerjasama blog 2DayBlogger.Com.Jom kita ke 2dayblogger.com untuk belajar dan berkongsi ilmu Blogging dan Isu Semasabersama Faisal Abdullah.


*TAG UNTUK SUMA READERS,especially
1) miz ateeq
2) miz rashidah
3) miz eisya
4) miz mastinah
5) miz tika

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...